Sunday, November 14, 2010

diakah lelaki itu..?

saya pandang dia..
saya masih nampak yang sama...
seorang lelaki yang saya kahwini..
yang menyambut ijab dan qabul dari sang imam..
yang sama sama menyarung persalinan putih, hijau dan biru bersama saya..

walau tika itu saya masih belajar dan mencuba untuk mengenalinya,
walau tika itu saya masih selalu tak percaya dia lah suami yang akan bersama saya sepanjang hayat,
untuk saya bina hidup bersama, kongsi suda duka sebaiknya...
untuk saya dan dia saling melengkapi.. bina hidup dan keluarga sebahagianya..
perkara paling indah boleh saya bayangkan adalah si comel yang punya bibir dan mata seperti dia, dan pipi seperti saya..
ya, saya suka bibir dan matanya.. (dan jarinya sebagai daya tarikan yang sangat kuat)


5 tahun selepas itu..
rupa-rupanya saya adalah isteri yang dibohongi, isteri yang dicurangi..
lebih dari 5 tahun dia menjalin cinta di luar sana..
menabur kata kata, kasih sayang, harapan dan entah apa lagi..

saya jadi hilang semuanya..
hilang kata-kata, hilang semangat, hilang kekuatan dan hilang antibodi juga..
tidak pernah terfikir, menyangka, apatah lagi mempercaya, sehebat ini ujian saya...
setega itu dia musnahkan hidup saya...
sungguh, dia menjangkaui apa yang mampu saya fikir..

suami,
saya tidak pernah mengharap kamu jadi yang sempurna,
tidak perlu kamu jadi yang terbaik
bila kita sebenarnya perlu jadi saling melengkapi
saling mempercayai, berkongsi dan bersatu hati...

kembali memikir sejauh dan sedalam ini
saya jadi pasti dengan jalan yang harus saya pilih..
tapi ya ALLAH, kirimkan aku kekuatan itu..
daku mohon, sesungguhnyaa...

No comments:

Post a Comment