Monday, October 17, 2011

i thought we do have happy life

arranging my files n folders in HD..
brought me to browse all the photos inside..

ya, there's a lot of your face in there..
old face, new face..
chubby face, skinny face..
long hair, short hair..
a lot of messy hair..
a few smart hair.. ;)

seeing those photos we have..
i really thought we ARE happy..
i thought we DO have happy life..
n it is just me..
who never satistied with the love..
it is just me..
who always wondered..
why there's always a shield..
between me n you..
i can never feel you..

so i keep trying n trying..
to make us better..
i know i can make it..
ALLAH will grant it someday..

but then, i cant see the light anymore..
then i cant breathe (out) the love anymore..
then i tired trying..
then i gave up..
i cant take it anymore..

then i changed my doa..
ya ALLAH.. tunjukkanlah yang terbaik untuk kami ya ALLAH..
jika dia membawa kebaikan untukku dunia dan akhirat, dekatkan lah kami ya ALLAH.. jadikanlah dia suami yang baik untukku..
dan jadikan aku isteri yang baik untuknya..
jika sebaliknya.. kau tunjukkanlah ya ALLAH..
tunjukkanlah..

it was 2010.. when i really really gave up..
i gave up trying.. when NONE of them seems to be succeed..

then ALLAH showed me.. one after another..
why i CAN NOT have your love..
why i can NEVER feel you..
then only i know..

ALLAH have answered me..
n show me the way..
and i am thankful..

but...
of all trial.. i cant help myself for feeling betrayed...

kerana selamanya, saya tak akan pernah menjangka..
dan kerana itu, saya tak akan berpaling lagi.. NEVER!!

*terasa ingin mengirim gambar gambar itu pada kamu..
tapi tidak tahu, adakah itu perlu* ~ sedang berperang antara yang baik dan jahat.. ;)

Monday, October 10, 2011

maafkan saya

lately, aku lebih kerap membenci rasa sakit hati pada dia.. entah kenapa.. seriously aku juga pelik... dulu tidak begini.. sekarang selalu rasa mahu balas, mahu pulang paku buah keras..

dalam email, ada jugak dia merayu "jangan tambah seksa sy lagi.. sy sudah cukup teruji sekarang".. aku mengeluh.. kadang kasihan.. kadang terasa seperti syaitan bersorak.. nauzubillah..

aku andaikan ini terjadi mungkin kerana aku kembali mempunyai 'rasa'.. dulu jiwa aku mati.. lalu kalau dicincang hidup2 pun aku tidak punya rasa.. lalu bagaimana dihenyak perasaan ini pun aku 'nampak' kuat..

betol! malam ini aku teringat saat sedih itu.. saat aku tidak tahu apa ada di depan.. masa depan aku kosong.. minit seterusnya? hari seterusnya? minggu seterusnya? langsung tiada apa dalam kepala.. tidak berani merencana? bukan tidak berani.. tetapi tidak tahu..

aku sendiri hairan dengan perasaan itu..

soalan-soalan seperti "kemana hujung minggu nanti?" "balik kg minggu ni?" "pegi tak rumah si polan nanti" cuma mampu aku jawab "entah lah.. tak tau lah lagi"..

betol aku tak tau.. aku tak tau apa yang akan terjadi minit, hari dan minggu seterusnya.. pasrah!


untuk dia..

maaf kan saya..
betol sekarang saya selalu sakit hati dengan kamu..

hari tu, saya sakit hati bila kamu mengguna ayat2 manis dalam sms kepada saya..
maaflah, sekarang bukan masanya untuk ayat-ayat begitu..
kemudian, sakit hati bertambah bila dapat tahu,
salah seorang kawan saya pernah nampak kamu berdua..
saya malu sebab kamu pesan pada kawan saya "jangan bagitau dia"..
dan itu berlaku pada tahun 2009... saya rasa sangat sakit hati..

tega kan kamu..
saya betol tak mahu mendoakan yang buruk buat kamu..
tapi bila semakin lama, semakin banyak yang buruk2 muncul..
kadang terasa tidak mampu..
tidak mampu menjernihkan hati buat kamu lagi..

saya tahu kamu kurus sebab yanti,
saya tahu kamu menipu sebab yanti..
saya tahu hidup kamu tak keruan sebab yanti..

tapi cuma sekarang baru saya tahu itu.. :(


dari dulu,
saya selalu bingung dengan soalan-soalan yang tidak dapat saya jawab..
hairan dengan usaha-usaha yang seolahnya cuma ada jalan buntu..

cuma sekarang baru saya tahu..
cuma satu jawapannya.. semua kerana YANTI!!


saya hampir terima semua suratan ini..
redha dengan takdir hidup sendiri..

bertambah gembira bila kamu sudah tidak menjauhkan diri..
tapi rupanya kamu tersasar lagi..
saya tahu kamu mencuba..
tapi cubaan kamu selepas bunyi wisel penamat masa kecederaan buat kecewa saya bertambah..


saya harap saya tidak menghitamkan hati sendiri lagi..

saya selalu dan akan sentiasa harap..
semoga kita sama bahagia dengan jalan masing2..

saya tidak mahu membenci kamu..
tapi seperti kata emak,
untuk melupakan mungkin adalah mustahil..

tapi saya cuba.. saya akan cuba..

Friday, October 7, 2011

6 bulan telah berlalu

06 April 2011
sebagaimana telah terjadual, itulah yang berlaku.. dalam keadaan yang tenang dan aman (physically).. hubungan yang sah itu telah berakhir.

saat semuanya selesai, aku masih kejung tiada rasa.. menanti kiranya ada sesuatu 'perasaan' yang terbit.. tapi gagal.. tetap sama! tiada rasa..

sekarang sudah lebih 6 bulan aku dengan kehidupan baru.. :) susah, payah, jerit, perih memang perlu dan telah dilalui.. alhamdulillah, ada kekuatan (dari ALLAH pastinya) untuk aku .. cuma satu, aku belum bersedia untuk berhadapan dengan masyarakat..

status sebenar aku masih dirahsiakan.. cuma sedara dan teman rapat saja yang tau.. dari sudut ini, aku bersyukur, aku punya teman2 rapat yang cukup supportive.. aku pun tidak menjangka sekuat ini rahsia aku mereka simpan..

aku sebenarnya bukanlah kisah sangat kalau status aku diketahui orang pun, cuma aku tak sanggup bayangkan betapa cepat cerita itu akan 'bergerak' nanti.. lagi tak sanggup ada yang datang bertentang mata dan bertanya itu ini.. ok, itu aku tak sanggup.. lagi2 bila dah lama begini.. malaslah mau cerita..

dan kini aku bersyukur kembali punya hati dan 'rasa'.. terasa hidup lebih bermakna.. terasa betol mendapat kembali diri sendiri.. :)