Saturday, December 11, 2010

bukan ini yang kupinta...

hari tu masa nak pegi kaunseling, wahh kemain prektis prektis.. kat umah prektis, dalam keta pun prektis.. sudahnya sampai sana, mengadap kaunselor... hampeh.. kenyataan pertama dah pusing sana sini, belek2 kertas.. kenyataan kedua dah tatau nak susun ayat.. masuk ayat ketiga, maka kehujananlah.. adoii.. gagal betol!!

ekceli surat dari pejabat agama tu sudah sampai.. ari sabtu.. tah kol berapa posmen tu antar.. sebab masa kuar lunch tu masih belom ada..
partner tengok surat tu dah tengah malam, dalam postbox.. amik dan baca di bawah neon lampu jer.. dah tak sempat masuk rumah..

so far, nothing can be predicted.. harapnya dia akan pergi kaunseling tu.. harapnya dia akan memudahkan urusan.. harapnya dia akan setuju..

sudah setiap masa memohon semoga semuanya dimudahkan.. harap tuhan mendengar rintihan itu..

sejak dia baca surat tu, nampak dia agak moody.. tapi tetap lah senyap dan simpan semua tu seorang diri.. tiada sepatah ayat yang keluar.. dan tetap berlagak biasa walaupun semakin dingin sebenarnya...

dalam hati berkira-kira (konon) kalau dia bertanya..
KENAPA BUAT BEGINI...?

saya buat semua ini untuk diri saya
saya sudah tidak fikir apa2 dan siapa2..
saya cuma fikirkan diri saya..
saya mahu kehidupan, saya mahu suami... saya mahu keluarga..
saya mahu bahagia.. saya mahu gembira.. saya mahu jadi diri saya..


saya serius takut dia tidak mahu beri kerjasama.. saya betol tidak dapat predict tindakan dia..
tapi betol saya tidak mahu tunggu lagi... tolong lah ya ALLAH..

i'm doing this for myself.. semoga dimudahkan segalanya YA ALLAH...

saya kira petunjuk ALLAH sudah sangat jelas.. jadi saya harap jalan saya betol..

kira2 dua bulan sebelum segalanya ditunjukkan untuk saya, saya solat sunat taubat, saya nangis2 merayu dengan ALLAH.. tunjukkanlah apa yang terbaik untuk rumahtangga ini.. saya mahu tahu..

kemudian satu persatu, ada yang saya tidak mahu kategorikan sebagai petanda, tapi ia muncul dan muncul sehingga lah kemuncak bermulanya cerita ini..
sebab itu saya jadi tekad, sebab saya yakin tuhan tunjukkan ini kerana saya sendiri telah memohon dengan sesungguhnya, saya tidak mahu hidup berdosa begini lagi.. saya mahu yang terbaik untuk sebuah kehidupan.. dan saya tidak mahu derita lagi..

sejak ramadhan lalu.. saya sudah banyak istikharah.. hati saya tambah yakin setiap kali memohon petunjuk itu.. jadi kini, saya memohon lagi ya ALLAH, mudahkanlah urusan seterusnya ini.. saya mahu kebahagiaan dunia saya membawa kepada kebahagiaan akhirat yang kekal selamanya.. insya ALLAH..

No comments:

Post a Comment