Tuesday, March 29, 2011

jangan gusar.. ini jalan yang kita bina..

kamu mendengus bila selesai membaca surat yang saya hulurkan tadi.. surat dari mahkamah.. oh tidak pasti mendengus atau mengeluh.. tapi ada hembusan nafas yang saya dengar...

lalu kamu keluar rumah tanpa sebarang kata.. tak pasti apa perasaan sebenar kamu sekarang... apa sekalipun yang kamu rasa, ini kenyataan yang kita sama relakan...


lupakan dulu itu.. tadi saya tergerak mahu menulis sesuatu.. walaupun saya tak pasti kali ini saya dapat menghabiskan tulisan ini atau tidak..

let's see..

mengikut sejarah, kamu susah untuk lepaskan perempuan di hati kamu.. entah di hati atau di sisi... mari cuba imbas.. boleh juga ingat nanti2 kan..

perempuan pertama : ina..

1. saya jumpa sms kamu ketika musim world cup 2006 (setahun selepas kita dinikahkan). saya sangat ingat, sebab alasan kamu, cuma sembang2 tentang world cup. ok.. sembang2 bola dengan panggilan bernada manja kan..? comel!

kebetulan saya memang perlu balik kg. jadi saya bercadang untuk tinggal di kg lebih lama.. tapi kamu rayu saya balik segera.


2. lama lepas tu saya dapat tahu kamu masih berhubungan baik.. sekajang barisan no telefon yang sama di bil telefon kamu, hampir berturut2! sedangkan ada ketika kamu sanggup telefon saya dengan telefon awam, dengan alasan telefon kamu sudah di bar.. kemudian, saya ambil tindakan sendiri.. saya telefon perempuan bernama ina itu.. pasti pelbagai ayat dia yang masih saya ingat.. walau sebahagiannya langsung tidak masuk akal. saya terima alasan dia kawan kamu.. dia lebih lama kenal kamu.. bla.. bla.. tapi saya ingatkan kamu, untuk selesaikan perkara ini secepatnya.


3. Julai 2007 : saya jumpa lagi sms.. kali ini lebih dahsyat... saya tidak selalu periksa sms kamu.. tapi bila periksa, pasti terjumpa kan.. lalu hp yang saya hadiah sempena hari lahir itu saya hempas berkecai.. kecanggihan telefon itu buat kamu lebih menghancurkan hati saya.. sungguh, saya sangat salah! selepas itu saya tidak ambil tahu apa lagi terjadi antara kamu dan ina.


**oh antara bukti kamu susah tinggalkan dia, pelbagai nama saya jumpa untuk mengganti nama ina. mungkin kamu tidak tahu, walau dikejut tengah malam saya dapat ingat dengan baik no ina :)


perempuan kedua : yanti


1. saya kembali mengesan sesuatu dalam hidup kamu. lalu saya periksa hp kamu.. kembali terjumpa sms. tapi kurang pasti kerana kamu padam sesetengah details. ada di inbox tiada di sent msg.. ada di sent msg, tapi tiada di inbox. di malam yang tenang, saya tanya kamu. kamu nafi dan cuba berlagak serius dan biasa. tapi ada getaran yang dapat saya rasa. saya beri kamu masa.


2. menginjak 2 minggu, saya tanya lagi.. kamu kata sudah tiada apa2..


3. masuk bulan berikut (kurang pasti jarak masa) masih ada lagi sms mencurigakan. saya tidak berdiam lagi. saya cuba meletak jarum. ya jarum tertusuk yang disana. dan kamu juga turut merasa kesan. oh manis kan! terkejut juga dengan kesan kali ini. tertusuk di sana, di sini terasa tajamnya. saya bercakap dengan kamu, saya bercakap dengan yanti.. saya jumpa yanti. keputusannya kalian tetap juga berhubungan. yanti kata niat dia baik.


4. seterusnya, saya beri kamu kata dua. saya libatkan family kerana sudah tidak sanggup tanggung sendiri. sept 2010 = ramadhan 1431, saya sudah hilang segalanya. hilang harapan hilang kekuatan. tapi kamu? tetap ada masa bersama berdua.


5. Syawal 1431. saat dua keluarga kalut memikirkan nasib kita, kamu masih ada foto si gadis di hari raya buat penguat semangat diri. bukti kamu masih manis bersama.


6. zulhijjah 1431 = november 2010 = hari raya haji, si gadis membuat panggilan kepada saya bertanyakan kamu. orang yang baik hati sudah tentu mengambil berat kan. dia risaukan kamu. oh sekali lagi.. kalian memang manis..


7. Disember 2010 : saya ke pejabat agama. tekad! tapi cuba pujuk hati untuk menerima kaunseling. kamu tentu tidak membantah, turut hadir kaunseling. oh kamu dan yanti? tetap juga masih berhubungan. masih berjumpa. masih manis2 menghantar sms. masih bicara hati di sana dan hati di sini.


8. selepas 2 sesi, kaunselor juga turut buntu. lalu minta saya beri masa untuk kamu. kamu minta masa 3 bulan. tapi saya kira masa yang lepas tidak pernah kamu manfaatkan. tapi cuba juga memberi peluang. saya muktamadkan sebulan. selepas sebulan, kamu kata, sebulan tidak cukup untuk buktikan segalanya. saya sangat tidak pasti, cukup untuk buktikan apa.. kerana kamu masih menagih cinta yanti. kelakar!


3 peringkat KASIH TEGAR pertama dan 8 peringkat CINTA TEGAR kedua, cuma secara kasar. cukup lah!


jadi kesimpulannya..? ok, saya beri ayat mudah. kalau kamu boleh sekuatnya pertahan yang lepas2 itu sebab kamu mahu itu dipertahankan, walau sekuat mana tentangan yang saya beri, kamu tetap boleh teruskan..


bermaksud bila kamu redha (menyendiri, berdiam diri, akur) begini, kamu memang redha lah kan.. tiada apa yang perlu digusarkan...


TERIMA KASIH KERANA MENJADIKAN SAYA MANUSIA CEKAL

No comments:

Post a Comment