Friday, November 18, 2011

di saat apa pun..

ya, di saat apa pun, jika terdetik saja kegagalan itu..
dengan pantas rasa kecewa menyinggah di dada..
tanpa bertangguh sedetik pun..

seperti tadi..
selepas mengadap Yang Esa,
tika mengalunkan ayatNya,
rasa itu datang.. tiba tiba..
sakit pada kegagalan itu jadi bertandang..
tentunya tidak diundang..

lalu berhenti, beristighfar..
menarik nafas, mengumpul kekuatan..
namun air mata tumpah jua..
entah apa yang disedihkan sangat..
herrmm.... (tak baik mengeluh..)

entah bila sang kecewa ini akan pergi..
sesungguhnya aku tidak ingin kamu terus di sini..
pergilah.. pergi jauh2..
pergi dan jangan kembali lagi..
biarlah cuma bahagia saja bermastautin di sini..

tapi insya ALLAH,
sang kecewa, kamu akan tetap aku kenang..
kerana kamu, aku akan rasa bersyukur..
dan kerana kamu juga, aku akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

dan untuk kesekian kalinya..
buat dia, saya harap saya dapat maafkan kamu atas lupakan kekecewaan ini..
dan saya harap kamu bahagia..

No comments:

Post a Comment