Saturday, November 12, 2011

kalaulah kita berjaya.......

kehidupan yang gagal itu belom pernah sekali gagal membuat saya tidak berasa kecewa..
walau dalam kehidupan gembira sekarang..

ya, alhamdulillah syukur..
saya gembira sekarang..
tapi kekecewaan pada kegagalan itu,
masih kuat.. masih subur..
dan masih penuh tanda tanya..

saya tahu ini takdir..

tapi kadang-kadang saya tak boleh memaafkan apa yang terjadi..
rasanya terlalu besar harga yang perlu kita bayar untuk takdir ini..

dan malam ini kekecewaan itu menggunung..
saya harap kamu tahu..
saya tak pernah berharap untuk lalui ini..
saya tak pernah berharap untuk start over my life..

saya dah terima takdir saya dengan kamu..
saya dah tutup semua jalan lain selain kamu..
saya dah mulakan satu kehidupan..
saya cuma mahu bentuk dan baiki hidup itu..
untuk saya merasa gembira dan bahagia di dalamnya..
dan berharap itulah hidup saya selamanya..



*saya BUKAN tidak redha dengan ujian ini.. cuma terasa lemah*
sungguh saya tak pernah berharap ini terjadi..



ampunkan aku ya ALLAH..
ringankan beban ini ya ALLAH..
kurniakan untukku kehidupan yang baik di masa depan..
bersihkan hatiku untuk redha dengan dugaanMu,
semalam, hari ini dan seterusnya..
jauhkan aku emosi buruk yang membawa kepada kemurkaanMu ya ALLAH..
sesungguhnya engkau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

No comments:

Post a Comment